Tempat : Dewan SMK Seri Balik Pulau
Majlis berkenaan telah diadakan pada 13 Februari yang lalu bertempat di Dewan SMK Seri, Balik Pulau. Dalam majlis berkenaan, YB Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi telah menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada semua Pengetua dan Guru Besar serta para pelajar dan murid yang berjaya di dalam UPSR dan PMR bagi tahun 2009. SMK Seri, Balik Pulau telah dinobatkan sebagai SMK Terbaik PMR Tahun 2009 bagi kawasan Balik Pulau seterusnya membawa pulang RM1000. Manakala, SK Kongsi telah dinobatkan sebagai sekolah rendah yang mempunyai bilangan 5A yang teramai dan juga telah dinobatkan sebagai Sekolah Rendah Terbaik untuk UPSR tahun 2009 bagi kawasan Balik Pulau dan seterusnya membawa pulang RM500 setiap satu yang mana kesemuanya berjumlah RM1000. Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang berjaya.