:: ASTRO ON WHEEL

Tarikh : 3 Ogos 2010

Astro on Wheel iaitu Astro bergerak telah berada diperkarangan SK Balik Pulau , di kawasan Barat Daya ,Pulau Pinang pada 03hb. Ogos 2010 . Berbagai aktiviti telah diadakan bersama pelajar sekolah yang berdekatan . Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SK Balik Pulau dan SKJC Tar Thong. Pelajar-pelajar telah juga diberi berbagai cenderamata oleh pihak astro.






:: KEMPEN BERBASIKAL ANJURAN CAP PULAU PINANG


Tarikh : 25 Julai 2010

Satu kempen berbasikal anjuran Persatuan Pulau Pinang (CAP) kali ke 11 telah diadakan pada 25hb. Julai 2010. Seramai seribu empat ratus peserta yang terdiri daripada berbagai agensi seperti jabatan-jabatan kerajaan,sekolah-sekolah dan orang-orang awam di sekitar kawasan Balik Pulau telah mengambil bahagian dalam kempen tersebut. Kempen ini telah dimulakan dan berakhir di dataran Masjid Daerah Balik Pulau. Tuan imam masjid telah membaca doa sebelum pelancaran dimulakan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar Pulau Pinang. Kayuhan sejauh 14 km secara santai adalah disekitar pekan balik pulau ini.Kempen bermula pada jam 08.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.






























:: KURSUS & BENGKEL HRMIS KAKITANGAN BTPNPP & PKG PULAU PINANG

 Tarikh : 23 Julai 2010

Bengkel HRMIS untuk kakitangan BTPNPP&PKG Pulau Pinang telah dijalankan dalam beberapa sessi. PTP1 PKG Balik Pulau hadir pada sessi ke-4 iaitu pada 20hb Julai sehingga 23 Julai 2010, bertempat di makmal komputer BTPN P. Pinang.










:: BENGKEL PEMURNIAN PELAPORAN PKG 2009

Tarikh : 21 April 2010
Tempat : PKG Tanjung Bunga


Bengkel pemurnian pelaporan pkg untuk 2009 telah diadakan pada 21 april 2010 bertempat di PKG Tanjong Bungah. Anjuran BTPNPP, bengkel ini mengumpulkan seramai PTP1 pkg daerah pulau.Bengkel yang menggunakan perisian Indesign telah dapat dibentangkan dan disemak oleh pegawai-pegawai BTPNPP.







En. Abdullah Bin Yaacob sedang menerima sijil dari pegawai BTPNPP



Tn. Hj. Rasli sedang menyampaikan sijil kepada PTP1PKG Balik Pulau


Tn. Hj. Rasli sedang menyampaikan sijil kepada PTP1PKG Balik Pulau


Dari hadapan, En. Azlan ,En. Azman ,En. Marzuki dan En.Abdullah sibuk dengan tugasan masing-masing


Peserta tekun menyiapkan laporan PKG 2009

:: BERITA PENDIDIKAN

Tarikh : 7 April 2010
Tempat : SK Sungai Rusa

Bas Kreativiti & Inovasi PINTAR' telah berkunjung ke sekolah SK Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 07 April 2010. 'PINTAR' bermaksud (Promoting Intelligence, Nuturing Talent and Advocating Responsibility) Pameran ini merupakan perkongsian antara Yayasan PINTAR dengan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Program PINTAR seperti syarikat UMW,TNB,MAB,MAS dan beberapa syarikat utama di Malaysia.
Murid-murid sekolah angkat PINTAR seperti SK Sungai Rusa didedahkan dengan berbagai bentuk pembelajaran seperti Komputer Game,Sains, Rekacipta dan juga bidang kerjaya untuk sekolah menengah yang disediakan dalam bas ini. Pada keseluruhannya murid-murid sangat gembira dengan program ini yang ada kelainan sedikit suasana dan tempat belajar.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak berkenaan kerana sudi memilih
SK Sungai Rusa sebagai Sekolah angkat 'PINTAR'


Murid-murid tahun 1 sedang mereka cipta



Guru Besar asyik mendengar penerangan dari pegawai bertugas



Murid-murid tahun 2 teruja dengan suasana PINTAR



Bas PINTAR di perkarangan SK Sungai Rusa Balik Pulau


:: BERITA PERTUKARAN

Tarikh : 6 April 2010

Tuan Pengetua SMK Vokasional Balik Pulau, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang ,
En. Wan Aziz Bin Megat Zainon telah bertukar ke Putra Jaya di bahagian Unit pembangunan Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Ketua Penolong Pengarah berkuatkuasa 01hb April 2010.

Pagi tadi 06 April 2010, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, En. Mohamad Zabidi B. Abdul Rahman,Pengetua-pengetua dari kelompok 4 sekolah-sekolah Menengah Daerah Barat Daya telah membuat kunjungan hormat ke SMK Vokasional Balik Pulau untuk bertemu dan mengucapkan Tahniah kerana kenaikan pangkat dan selamat maju jaya memegang jawatan baru kepada En Wan Aziz Bin Megat Zainon.
En. Wan Aziz Bin Megat Zainon telah berkhidmat di SMK Vokasional BP, selama 5 tahun iaitu dari tahun 2005 sehingga 2010. Di bawah pentadbirannya SMK Vokasional BP. telah mencapai keputusan 100% dalam peperiksaan SPM tahun 2010. Syabas!!

PKG mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan selama ini.


Dari kiri,En. Izmi,En. Wan Aziz, Mohd. Zabidi, PPDBD,En. Ismail & Tuan Hj. Shafie



En. Wan Aziz bergambar kenangan bersamaPPD & pengetua kelompok M4 

:: MAJLIS PERSARAAN GURU SMK SERI, BALIK PULAU

Tarikh : 12 Mac 2010
Tempat :  SMK Seri Balik Pulau

PKG Balik Pulau mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada dua orang guru iaitu Tuan Haji Mohd. Zahari B. Ghazali selaku Penolong Kanan HEM dan Puan Noor Mala selaku Guru Penolong di SMK Seri, Balik Pulau. Majlis persaraan mereka telah pun di adakan pada 12 Mac 2010 yang lalu bertempat di Dewan SMK Seri.

TERIMA KASIH CIKGU..