Satu kempen berbasikal anjuran Persatuan Pulau Pinang (CAP) kali ke 11 telah diadakan pada 25hb. Julai 2010. Seramai seribu empat ratus peserta yang terdiri daripada berbagai agensi seperti jabatan-jabatan kerajaan,sekolah-sekolah dan orang-orang awam di sekitar kawasan Balik Pulau telah mengambil bahagian dalam kempen tersebut. Kempen ini telah dimulakan dan berakhir di dataran Masjid Daerah Balik Pulau. Tuan imam masjid telah membaca doa sebelum pelancaran dimulakan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar Pulau Pinang. Kayuhan sejauh 14 km secara santai adalah disekitar pekan balik pulau ini.Kempen bermula pada jam 08.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.